Malaysia legislation

Section 101

of AKTA KEWANGAN (NO. 2) 2023

Seksyen 101

Pindaan seksyen 14

Seksyen 14 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh, apabila terdapat permintaan secara bertulis dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan, meluluskan mana-mana satu atau lebih butir-butir yang ditetapkan untuk tidak dimasukkan dalam suatu invois.”.