Malaysia legislation

Section 137

of AKTA KEWANGAN (NO. 2) 2023

Seksyen 137

Pindaan seksyen 56h

(a)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(3a)  Ketua Pengarah boleh, sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, menentukan semula mana-mana tempoh bercukai selain tempoh yang telah ditentukan di bawah subseksyen (1) atau (3) bagi orang berdaftar asing.”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:

“(4)  Orang berdaftar asing hendaklah, berkenaan dengan tempoh bercukainya, mengakaunkan cukai perkhidmatan yang genap masa, dalam suatu penyata, sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan penyata itu hendaklah dikemukakan kepada

Ketua Pengarah mengikut cara yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah tidak lewat daripada hari terakhir bulan selepas berakhirnya tempoh bercukainya yang berhubungan dengan penyata itu.”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (4a) subseksyen yang berikut:

“(4b)  Tertakluk pada subseksyen (4) dan (4a), suatu penyata hendaklah disifatkan telah dikemukakan apabila penyata itu telah diterima oleh Ketua Pengarah dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.”.

Undang-Undang Malaysia 214

Akta 851

Pindaan seksyen 75

Section 137 — AKTA KEWANGAN (NO. 2) 2023 | mylaw.my