Malaysia legislation

Section 3

of AKTA KEWANGAN (NO. 2) 2023

Seksyen 3

(2)

Seksyen 15 dan 16, dan perenggan 24(a) berhubung dengan seksyen 82c Akta Cukai Pendapatan 1967 mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2024.

(3)

Perenggan 17(c) berhubung dengan subseksyen 83(2), (3)

dan (4) Akta Cukai Pendapatan 1967 mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2024.

(4)

Perenggan 4(c), 10(a), (c), (d), dan (e), 22(a) dan (b) dan 33(a), seksyen 9, 32 dan 34 berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2024 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya.

(5)

Perenggan 10(b) berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2024

hingga tahun taksiran 2026.

(6)

Perenggan 10(f) berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2024

hingga tahun taksiran 2027.

(7)

Perenggan 17(a) dan (c) berhubung dengan subseksyen 83(1)

Akta Cukai Pendapatan 1967 berkuat kuasa bagi tahun berakhir 31 Disember 2023 dan tahun-tahun yang berikutnya.

Kewangan (No. 2)

(8)

Perenggan 24(a) dan seksyen 16 berhubung dengan seksyen 82b Akta Cukai Pendapatan 1967 berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2025 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya.

(9)

Seksyen 28 mula berkuat kuasa apabila berkuat kuasanya

Akta ini.

(10)

Seksyen 29 mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2025.

(11)

Seksyen 30 berhubung dengan—

(a)

seksyen 157 hingga 197 dalam Bahagian baharu XI

Akta Cukai Pendapatan 1967 berkuat kuasa bagi

Tahun Kewangan bermula pada atau selepas 1 Januari 2025

dan Tahun-Tahun Kewangan yang berikutnya; dan

(b)

seksyen 198 hingga 239 dalam Bahagian baharu XI

Akta Cukai Pendapatan 1967 mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2025.

Pindaan seksyen 2