Malaysia legislation

Section 41

of AKTA KEWANGAN (NO. 2) 2023

Seksyen 41

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 15

seksyen yang berikut:

“Taksiran disifatkan ke atas penyata terpinda 15a.  (1)  Jika seseorang telah mengemukakan suatu penyata terpinda mengikut seksyen 13a bagi suatu tahun taksiran,

Ketua Pengarah hendaklah disifatkan sebagai telah membuat, pada hari penyata terpinda itu dikemukakan, suatu taksiran atau taksiran tambahan berkenaan dengan orang itu—

(a)

dalam amaun cukai atau cukai tambahan yang kena dibayar ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai; atau

(b)

dalam amaun cukai yang telah atau mungkin telah dibayar balik secara salah, cukai atau cukai tambahan itu dan keuntungan yang boleh dikenakan cukai masing-masing adalah amaun sebagaimana yang dinyatakan dalam penyata terpinda.

(2)

Bagi maksud Akta ini, jika Ketua Pengarah disifatkan sebagai telah membuat suatu taksiran atau taksiran tambahan di bawah subseksyen (1)—

(a)

penyata terpinda yang disebut dalam subseksyen itu hendaklah disifatkan sebagai suatu notis taksiran atau taksiran tambahan; dan

(b)

notis taksiran atau taksiran tambahan yang disifatkan itu hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada orang itu pada hari Ketua Pengarah disifatkan sebagai telah membuat taksiran atau taksiran tambahan itu.”.

Undang-Undang Malaysia 174

Akta 851

Seksyen baharu 16a