Malaysia legislation

Section 50

of AKTA KEWANGAN (NO. 2) 2023

Seksyen 50

Pindaan Jadual 2

(a)

dalam subperenggan 1(1)—

(i)

dengan memasukkan selepas takrif “aset” takrif yang berikut:

‘ “badan amanah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Cukai

Pendapatan 1967;’;

(ii)

dalam teks bahasa Inggeris, dalam takrif “relative”, dengan menggantikan noktah di hujung takrif itu dengan koma bernoktah; dan

(iii)

dengan memasukkan selepas takrif “belanja yang dibenarkan” takrif yang berikut:

‘ “koperasi” ertinya mana-mana koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993

[Akta 502];”; dan

Kewangan (No. 2)

(b)

dalam perenggan 34a, dengan memasukkan selepas subperenggan (5) subperenggan yang berikut:

“(5a)  Perenggan ini tidak terpakai bagi suatu perolehan atau pelupusan apa-apa syer oleh suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah atau koperasi, selain suatu entiti Labuan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 2b Akta Cukai

Aktiviti Perniagaan Labuan 1990, pada atau selepas 1 Januari 2024.”.