Malaysia legislation
Section 81
Seksyen 81
Pindaan seksyen 3
(a)
dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1); dan
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:
“(2) Walau apa pun apa-apa peruntukan lain Akta ini dan bagi maksud pengenaan Cukai Tokokan Domestik atau Cukai Tokokan Multinasional dan pelaksanaan
Kaedah GloBE, Bahagian XI Akta Cukai Pendapatan 1967 hendaklah juga terpakai bagi entiti Labuan yang ialah Entiti Konstituen yang merupakan anggota
Kumpulan Perusahaan Multinasional yang mempunyai hasil tahunan sebanyak tujuh ratus lima puluh juta euro atau lebih dalam Penyata Kewangan Disatukan
Entiti Induk Utama dalam sekurang-kurangnya dua daripada empat Tahun Kewangan berturut-turut sebaik sebelum Tahun Kewangan yang diuji.
(3)
Jika satu atau lebih Tahun Kewangan Kumpulan
Perusahaan Multinasional yang diambil kira bagi maksud subseksyen (2) adalah bagi satu tempoh selain dua belas bulan, bagi setiap Tahun Kewangan itu hasil tahunan sebanyak tujuh ratus lima puluh juta euro hendaklah dilaraskan mengikut kadar yang bersamaan dengan tempoh Tahun Kewangan yang berkenaan.
(4)
Bagi maksud subseksyen (2) dan (3), “Entiti
Induk Utama”, “Entiti Konstituen”, “Kaedah GloBE”,
“Kumpulan Perusahaan Multinasional”, “Penyata
Kewangan Disatukan” dan “Tahun Kewangan”
mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam