Malaysia legislation

Section 85

of AKTA KEWANGAN (NO. 2) 2023

Seksyen 85

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 22d seksyen yang berikut:

“Kewajipan untuk mengeluarkan invois elektronik 22da.  (1)  Tertakluk pada seksyen ini, seseorang hendaklah, dalam suatu tahun taksiran mengeluarkan suatu invois elektronik bagi setiap transaksi berkenaan dengan apa-apa barang yang dijual atau perkhidmatan yang dilaksanakan oleh orang itu dalam tahun taksiran itu.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1)—

(a)

orang yang hendaklah mengeluarkan invois elektronik dan butir-butir yang hendak dimasukkan dalam invois elektronik adalah sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 82c Akta Cukai

Pendapatan 1967; dan

Undang-Undang Malaysia 198

Akta 851

(b)

syarat dan spesifikasi yang di bawahnya suatu invois elektronik akan dikeluarkan hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah di bawah garis panduan yang dikeluarkan mengikut seksyen 17a

Akta ini.

(3)

Apa-apa invois elektronik yang dikeluarkan oleh seseorang berkenaan dengan barang yang dijual atau perkhidmatan yang dilaksanakan di bawah subseksyen (1)

hendaklah dihantar secara elektronik kepada dan disahkan oleh Ketua Pengarah.

(4)

Jika bagi mana-mana tahun taksiran seseorang dikehendaki untuk mengeluarkan suatu invois di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain berkenaan dengan barang yang dijual atau perkhidmatan yang dilaksanakan, invois elektronik yang dikeluarkan mengikut subseksyen (1)

termasuk apa-apa butir-butir lain sebagaimana yang dikehendaki hendaklah ditafsirkan sebagai suatu invois yang dikeluarkan di bawah undang-undang itu, dengan syarat bahawa jika butir-butir bagi invois elektronik adalah berlawanan dengan kehendak bagi pengeluaran invois di bawah undang-undang itu, invois elektronik itu hendaklah hanya menjadi sah dan boleh dikuatkuasakan bagi maksud Akta ini.

(5)

Jika bagi mana-mana tahun taksiran suatu invois elektronik dikeluarkan mengikut subseksyen (1),

Ketua Pengarah tidak bertanggungan bagi apa-apa kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana orang disebabkan oleh apa-apa kesalahan atau peninggalan yang berbangkit, yang terdapat dalam suatu invois elektronik dengan syarat bahawa kesalahan atau peninggalan itu telah dibuat dengan suci hati dan dalam perjalanan biasa penunaian kewajipan

Ketua Pengarah atau berlaku atau berbangkit akibat daripada apa-apa kecacatan atau kerosakan dalam perkhidmatan itu atau kelengkapan yang digunakan bagi pengeluaran invois elektronik itu.

(6)

Tertakluk pada syarat-syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, jika bagi mana-mana tahun taksiran seseorang memperoleh apa-apa barang yang dijual atau menikmati apa-apa perkhidmatan yang dilaksanakan, orang itu hendaklah bagi tahun taksiran itu mengeluarkan suatu

Kewangan (No. 2)

199

invois bil kendiri mengikut syarat-syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Ketua Pengarah dan invois itu hendaklah dianggap sebagai suatu invois elektronik.

(7)

Ketua Pengarah boleh, bagi mana-mana tahun taksiran berkenaan dengan mana-mana barang yang dijual atau perkhidmatan yang dilaksanakan, menentukan seseorang untuk menyatukan bilangan transaksi berkenaan dengan barang yang dijual atau perkhidmatan yang dilaksanakan dalam tahun taksiran itu dalam suatu invois transaksi yang disatukan, dan orang itu hendaklah menghantar invois transaksi yang disatukan itu kepada Ketua Pengarah dalam masa yang dinyatakan dan mengikut syarat-syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan invois transaksi yang disatukan itu hendaklah bagi maksud seksyen ini menjadi suatu invois elektronik yang dikeluarkan oleh orang itu.

(8)

Jika bagi mana-mana tahun taksiran seseorang membuat suatu kesalahan atau kesilapan berkenaan dengan mana-mana invois elektronik yang dikeluarkan mengikut seksyen ini, orang itu boleh bagi maksud membetulkan kesalahan atau kesilapan itu mengeluarkan suatu invois elektronik ganti dalam tempoh tiga hari dari tarikh pengeluaran invois elektronik yang cacat itu.

(9)

Jika bagi mana-mana tahun taksiran apa-apa barang yang dijual atau perkhidmatan yang dilaksanakan oleh seseorang melibatkan pengeluaran nota kredit atau nota debit, orang yang mengeluarkan nota kredit atau nota debit hendaklah membuat pelarasan dalam menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai orang itu bagi tahun taksiran itu dengan sewajarnya.

(10)

Seseorang boleh, berkenaan dengan apa-apa barang yang dijual atau perkhidmatan yang dilaksanakan olehnya dalam mana-mana tahun taksiran, menambah apa-apa butir-butir tambahan kepada invois elektronik di bawah seksyen ini.

(11)

Peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

[Akta 709] tidak terpakai bagi apa-apa data peribadi yang diproses bagi invois elektronik yang dikeluarkan atau dihantar kepada Ketua Pengarah di bawah seksyen ini dan apa-apa peruntukan lain berkaitan Akta ini.”.

Undang-Undang Malaysia 200

Akta 851

Seksyen baharu 22ea