Malaysia legislation

Section 9

of AKTA KOPERASI 1948

Seksyen 9

Pendaftaran sesuatu koperasi hendaklah menjadikannya suatu pertubuhan perbadanan dengan nama yang di bawahnya ia didaftarkan, yang kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan, dan dengan kuasa untuk memegang segala jenis harta alih dan harta tak alih, membuat kontrak, memulakan dan membela guaman dan prosiding undang-undang yang lain dan membuat segala benda yang perlu bagi maksud yang baginya ia ditubuhkan.