Malaysia legislation

Section 18

of AKTA KOPERASI 1993

Seksyen 18

(2)

Tiada pindaan undang-undang kecil sesuatu koperasi berdaftar boleh menjadi sah sehingga pindaan itu didaftarkan di bawah Akta ini, dan bagi maksud itu salinan-salinan pindaan itu hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pendaftar.

(3)

Jika Ketua Pendaftar berpuas hati bahawa apaapa pindaan undang-undang kecil itu tidaklah bertentangan dengan Akta ini atau peraturan-peraturan, dia-boleh mendaftarkan pindaan itu.

(4)

Sesuatu rayuan terhadap keengganan Ketua Pendaftar untuk mendaftarkan apa-apa pindaan manamana undang-undang kecil bolehlah dibuat kepada Menteri dalam masa tiga bulan dari tarikh keengganan itu.

(5)

Sesuatu pindaan yang mengubah nama sesuatu koperasi berdaftar tidaklah menyentuh apa-apa hak atau obligasi koperasi itu atau mana-mana anggotanya atau bekas anggotanya, dan apa-apa prosiding undangundang yang belum selesai bolehlah diteruskan oleh atau terhadap koperasi itu di bawah nama barunya.

(6)

Apabila Ketua Pendaftar mendaftarkan pindaan undang-undang kecil sesuatu koperasi berdaftar, dia hendaklah mengeluarkan, kepada koperasi itu, satu salinan pindaan itu yang diperakui olehnya, yang hendaklah menjadi keterangan konklusif tentang hakikat bahawa pindaan itu telah didaftarkan sewajarnya.

(7)

Dalam seksyen ini, "pindaan" termasuklah pembuatan sesuatu undang-undang kecil baru dan pengubahan atau penghapusan sesuatu undang-undang kecil.

Section 18 — AKTA KOPERASI 1993 | mylaw.my