Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
(a)
bahawa tiap-tiap anggota sedemikian yang menghasilkan mana-mana artikel sedemikian hendaklah melupuskan kesemua atau apa-apa jumlah, kadar atau perihalannya yang ditentukan kepada atau melalui koperasi itu; dan
(b)
bahawa mana-mana anggota yang dibuktikan atau diputuskan, mengikut cara yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan, bersalah kerana melanggar undang-undang kecil atau kontrak itu hendaklah membayar, sebagai ganti rugi tunai, kepada koperasi itu suatu jumlah wang yang ditentukan atau ditaksirkan mengikut cara yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan.
(2)
Tiada kontrak yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah semata-mata atas alasan bahawa ia merupakan suatu kontrak yang menyekat perniagaan.