Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
Sesuatu koperasi berdaftar hendaklah mempunyai lien atas syer atau yuran atau kepentingan dalam modal dan deposit seseorang anggota atau bekas anggota atau anggota yang mati dan atas apa-apa dividen, potongan langganan, atau keuntungan yang kena dibayar kepada seseorang anggota atau bekas anggota atau kepada harta pusaka seseorang anggota yang mati berkenaan dengan apa-apa hutang yang kena dibayar kepada koperasi itu oleh anggota atau bekas anggota itu atau daripada harta pusaka itu, dan boleh menolak apa-apa jumlah wang yang dikreditkan atau kena dibayar kepada seseorang anggota atau bekas anggota atau harta pusaka seseorang anggota yang mati sebagai bayaran atau sebagai sebahagian daripada bayaran apa-apa hutang sedemikian.