Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
Tertakluk kepada seksyen 22, syer atau yuran atau kepentingan seseorang anggota dalam modal sesuatu koperasi berdaftar tidaklah boleh dikenakan penahanan atau penjualan di bawah apa-apa dekri atau perintah mahkamah berkenaan dengan apa-apa hutang atau liabiliti yang ditanggung oleh anggota itu, dan baik pemegang hartanya dalam ketaksolvenan mahupun penerima yang dilantik sewajarnya tidaklah berhak terhadap, atau mempunyai apa-apa tuntutan ke atas, syer atau yuran atau kepentingan itu.