Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
(a)
dalam hal anggota yang mati yang Muslim kepada wakil di sisi undang-undang bagi anggota yang mati itu atau kepada orang yang didapati oleh Lembaga ialah orang yang berhak mendapat syer atau kepentingan itu menurut apa-apa pembahagian yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pembahagian harta pusaka; atau
(b)
dalam hal anggota yang mati yang bukan Muslim, kepada orang yang dinamakan mengikut peraturan-peraturan bagi maksud itu atau, jika tiada orang yang dinamakan sedemikian, kepada orang yang didapati oleh Lembaga ialah waris atau wakil di sisi undang-undang bagi anggota yang mati itu, dan boleh membayar kepada wakil di sisi undang-undang, penama, waris atau orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, suatu jumlah wang yang merupakan nilai syer atau kepentingan anggota yang mati itu, sebagaimana yang ditentukan mengikut peraturan-peraturan atau undang-undang kecilnya.
(2)
Jika anggota yang mati itu bukan Muslim, dan penama, waris atau wakil di sisi undang-undang itu tidak layak mengikut Akta ini, peraturan-peraturan atau undang-undang kecil untuk menjadi anggota, maka koperasi berdaftar itu boleh, atas permohonan penama, waris atau wakil di sisi undang-undang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam masa enam bulan dari kematian anggota itu, memindahkan syer atau kepentingan anggota itu kepada mana-mana orang yang dinyatakan dalam permohonan itu yang layak menjadi anggota.
(3)
Walau apa pun subseksyen (1), jika enam bulan sudah berlalu sejak kematian anggota yang Muslim dan koperasi berdaftar yang berkenaan tidak dapat menentukan siapakah wakil di sisi undang-undang bagi anggota itu atau tiada wakil di sisi undang-undang telah dilantik atau harta pusaka anggota itu belum dibahagikan atau harta pusaka anggota itu telah dibahagikan tetapi koperasi berdaftar itu tidak dapat menentukan siapakah orang yang berhak mendapat syer atau kepentingan itu menurut pembahagian itu, maka koperasi berdaftar itu boleh membayar kepada Pegawai Pentadbir Pusaka sejumlah wang yang merupakan nilai syer atau kepentingan anggota itu sebagaimana yang ditentukan mengikut peraturan-peraturan atau undang-undang kecilnya.
(4)
Sesuatu koperasi berdaftar boleh membayar segala wang lain yang kena dibayar kepada seseorang anggota yang mati oleh koperasi berdaftar itu kepada wakil di sisi undang-undang, Pegawai Pentadbir Pusaka, penama, waris atau orang, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang disebutkan dalam subseksyen (1) dan (3).
Koperasi