Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
Tiada seorang pun layak masuk menjadi anggota sesuatu koperasi berdaftar jika—
(a)
dia tak upaya dari segi mental;
(b)
dia ialah seorang bankrap yang belum dilepaskan;
(c)
dia ialah seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar;
(d)
dia telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta ini dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu.