Malaysia legislation

Section 2

of AKTA KOPERASI 1993

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

"anggota" termasuklah seseorang atau sesuatu koperasi berdaftar yang turut sama dalam permohonan pendaftaran sesuatu koperasi, dan seseorang atau sesuatu koperasi berdaftar yang diterima menjadi anggota mengikut peraturan-peraturan dan undang-undang kecil selepas pendaftaran;

"Cawangan..."

“deposit” ertinya wang yang didepositkan oleh manamana orang dengan sesuatu koperasi berdaftar dalam suatu akaun tetap atau akaun tabungan atau akaun deposit yang lain tetapi tidak termasuk syer atau yuran atau simpanan khas;

ditenlukan ...

dilalapkan...

"dividen" ertinya bahagian keuntungan sesuatu koperasi berdaftar yang dibahagikan di kalangan anggota-anggotanya mengikut kadar modal syer atau modal yuran yang dipegang oleh mereka;

dokumen... honorarium...

" harta" " kanak-kanak"

kopcran...

"Ketua Pendaftar" ertinya Ketua Pendaftar Koperasi yang dilantik di bawah seksyen 3;

kelua pegawa: ekrekytif...

"kesalahan boleh daftar" ertinya kesalahan yang boleh didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Penjenayahpenjenayah dan Orang-orang Tak Diingini 1969 sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan Kedua kepada Akta itu;

"koperasi asas" ertinya koperasi yang-didaftarkan di bawah subseksyen 4(1);

“koperasi atasan” ertinya koperasi yang-didaftarkan di bawah subseksyen 4(3);

koperah dilatapkan ...

"koperasi berdaftar" ertinya koperasi yang didaftarkan di bawah Akta ini;

“koperasi menengah” ertinya koperasi yang didaftarkan di bawah subseksyen 4(2);

“kumpulan Wang Rizob Stalutori”...

"Lembaga" ertinya badan pengelola sesuatu koperasi berdaftar yang kepadanya pengurusan hal-ehwal koperasi itu diamanahkan;

“mesyuarat agung permulaan” ertinya mesyuarat agung yang padanya orang-orang yang berhasrat hendak menubuhkan suatu koperasi membuat ketetapan untuk menubuhkan koperasi itu, untuk menerima-pakai undang-undang kecil yang dicadangkan bagi koperasi itu dan untuk memohon supaya koperasi itu didaftarkan;

"pegawai" ertinya pengerusi setiausaha, bendahari atau mana-mana anggota lain sesuatu Lembaga dan termasuklah mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh peraturan-peraturan atau undang-undang kecil untuk memberikan arahan-arahan berkenaan dengan urusan koperasi berdaftar itu;

" pembinaan Islam " ...

Pengerun Eksekutif...

"peraturan" ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

"perbadanan..."

perbadanan bewekulu...

perbadanan berkaitan...

"perlantikan" termasuklah apa-apa perlantikan atau perlantikan semula melalui pemilihan;

"perniagaan pembiayaan' penerimaan deposit dan—

ertinya perniagaan

(a)

pemberian pinjaman atau pemberian apa-apa kemudahan kredit lain; atau

(b)

pemberian pinjaman dan pemberian apa-apa kemudahan kredit lain;

"perwakilan" ertinya—

(a)

wakil anggota-anggota individu, yang dipilih di mesyuarat peringkat wilayah anggota-anggota sesuatu koperasi asas yang mesyuarat agung anggotanya digantikan dengan mesyuarat agung perwakilan; atau

(b)

wakil sesuatu koperasi berdaftar yang ialah anggota suatu koperasi berdaftar yang lain yang mesyuarat-mesyuaratnya wakil itu telah dipilih atau dilantik untuk menghadirinya;

“potongan langganan” ertinya bahagian keuntungan sesuatu koperasi berdaftar yang dibahagikan di kalangan anggota-anggotanya mengikut kadar banyaknya perniagaan yang dilakukan oleh mereka dengan koperasi itu dan yang daripadanya keuntungan koperasi itu diperoleh;

“prinsip-prinsip koperasi” termasuklah—

(a)

keanggotaan sukarela dan terbuka;

(b)

pengurusan yang demokratik;

(c)

pulangan terhad atas modal yang disumbangkan oleh anggota-anggota;

(d)

pembahagian keuntungan dengan saksama;

(e)

penggalakan pendidikan koperasi; dan

(f)

kerjasama aktif di kalangan koperasi-koperasi berdaftar;

" pulangan "...

"sabitan" termasuklah sesuatu dapatan bersalah dan pembuktian kesalahan;

"sekuriti"...

"simpanan khas" ertinya wang yang didepositkan oleh seseorang anggota dengan sesuatu koperasi berdaftar dengan niat nyata untuk menggunakan wang yang didepositkan untuk suatu maksud yang dinyatakan yang dibenarkan di bawah peraturan-peraturan;

"subsidiari" sesuatu koperasi berdaftar ertinya sesuatu syarikat, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965, yang komposisi Lembaga Pengarahnya atau lebih daripada separuh kuasa mengundinya dikawal oleh koperasi berdaftar itu, atau yang lebih daripada separuh modal syer diterbitkannya dipegang oleh koperasi berdaftar itu, dan termasuklah sesuatu subsidiari, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta itu, bagi syarikat itu;

Suruhanjaya...

"syer" ertinya bahagian dalam modal syer sesuatu koperasi berdaftar yang disumbangkan oleh seseorang anggota berkenaan dengan keanggotaannya dalam koperasi berdaftar itu;

^ tahun kewangan...

"undang-undang kecil" ertinya undang-undang kecil berdaftar yang dibuat oleh sesuatu koperasi berdaftar pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan oleh Akta ini, dan termasuklah sesuatu pindaan berdaftar undang-undang kecil itu;

"wang berlebihan" ertinya wang yang melebihi amaun yang diperlukan oleh sesuatu koperasi berdaftar bagi kegunaan segera sebagai modal kerja bagi perniagaannya, yang boleh didepositkan atau dilaburkan di luar koperasi itu tanpa menjejaskan pengendalian perniagaan itu;

"yuran" ertinya jumlah wang yang disumbangkan pada lat-lat masa yang tetap oleh seseorang anggota berkenaan dengan keanggotaannya dalam sesuatu koperasi berdaftar dan yang boleh dikeluarkan apabila tamat keanggotaannya.