Malaysia legislation

Section 32

of AKTA KOPERASI 1993

Seksyen 32

Perihal belum dewasanya mana-mana orang yang diterima masuk sewajarnya sebagai anggota mana-mana koperasi berdaftar tidaklah menghalang orang itu daripada menyempurnakan apa-apa suratcara atau memberikan apa-apa penjelasan yang perlu disempurnakan atau diberikan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan dan tidaklah menjadi alasan bagi mentaksahkan atau mengelakkan apa-apa kontrak yang dibuat oleh mana-mana orang sedemikian dengan koperasi itu; dan mana-mana kontrak sedemikian yang dibuat oleh mana-mana orang sedemikian dengan koperasi itu, sama ada sebagai prinsipal atau penjamin, hendaklah boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang atau terhadap orang itu walaupun dia belum dewasa.

Section 32 — AKTA KOPERASI 1993 | mylaw.my