Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, peraturan-peraturan dan undang-undang kecil, kuasa tertinggi bagi sesuatu koperasi berdaftar hendaklah terletakhak pada mesyuarat agung anggota-anggotanya, yang padanya tiap-tiap anggota, sama ada dia sendiri atau melalui perwakilan atau, dalam hal koperasi menengah atau koperasi atasan, melalui proksi, mempunyai hak untuk hadir dan mengundi.