Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(2)
Ketua Pendaftar boleh melantik sekian bilangan pegawai awam sebagaimana yang perlu untuk menjadi Pendaftar untuk membantunya dan Pendaftar-Pendaftar itu hendaklah, tertakluk kepada kawalan Ketua Pendaftar, mempunyai segala kuasa dan fungsi Ketua Pendaftar kecuali kuasa dan fungsi yang dinyatakan dalam seksyen 65, 69, 71, 72, 80, 92 dan 93.
(3)
Fungsi-fungsi Ketua Pendaftar ialah—
(a)
mendaftarkan dan membatalkan pendaftaran koperasi-koperasi dan memastikan bahawa koperasi-koperasi berfungsi mengikut peruntukan-peruntukan Akta ini;
(b)
menasihati Menteri tentang apa-apa perkara yang berhubungan dengan koperasi;
(c)
menggalakkan dan meningkatkan penubuhan dan pembangunan koperasi dalam semua sektor ekonomi dan membantu koperasi-koperasi meningkatkan kecekapannya.
(4)
Sebagai tambahan kepada kuasa-kuasa, kewajipan-kewajipan dan fungsi-fungsi yang diberikan kepada Ketua Pendaftar oleh Akta ini dan peraturanperaturan, Ketua Pendaftar hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan segala kuasa, menunaikan segala kewajipan dan melaksanakan segala fungsi yang perlu bagi maksud memberikan kuatkuasa kepada dan melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini.
(5)
Orang yang sedang menjalankan kewajipankewajipan Ketua Pendaftar dan pengganti-penggantinya dalam jawatan hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama "Ketua Pendaftar Koperasi, Malaysia" (dalam seksyen ini disebut "perbadanan itu") yang hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan dan yang boleh—
(a)
membuat kontrak dan mendakwa dan didakwa dengan namanya yang tersebut itu;
(b)
memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati segala jenis harta alih dan tak alih; dan
(c)
menjual, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadai-janji, menggadaikan, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan atau selainnya melupuskan apa-apa harta alih dan tak alih yang terletakhak pada perbadanan itu atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh perbadanan itu.
(6)
Meterai perbadanan bagi perbadanan itu boleh, dari semasa ke semasa, dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baru sebagaimana yang difikirkan patut oleh perbadanan itu, dan sehingga suatu meterai diadakan di bawah seksyen ini suatu cap yang mengandungi tulisan "Ketua Pendaftar Koperasi, Malaysia" boleh digunakan sebagai meterai perbadanan.
(7)
Segala suratikatan, dokumen dan suratcara lain yang memerlukan meterai perbadanan itu hendaklah dimeteraikan dengan meterai perbadanan di hadapan pegawai yang sedang menjalankan kewajipan-kewajipan Ketua Pendaftar dan Ketua Pendaftar hendaklah menandatangani tiap-tiap suratikatan, dokumen atau suratcara lain sedemikian yang padanya meterai perbadanan telah dicapkan, dan penandatangan sedemikian hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sewajarnya dan sepatutnya dan bahawa meterai itu ialah meterai sah bagi perbadanan itu.
(8)
Perbadanan hendaklah menyenggara rekod-rekod dan akaun-akaun yang sepatutnya berkenaan dengan transaksi-transaksinya dan akaun-akaun itu hendaklah diaudit setiap tahun oleh Ketua Audit Negara.