Malaysia legislation

Section 41

of AKTA KOPERASI 1993

Seksyen 41

Tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah memberi Ketua Pendaftar notis bertulis yang munasabah tentang segala mesyuarat agung yang dikehendaki supaya diadakan oleh koperasi itu dan hendaklah memberi Ketua Pendaftar maklumat berhubungan dengan tarikh, masa, tempat dan agenda mesyuarat-mesyuarat itu; dan Ketua Pendaftar atau mana-mana orang yang diberikuasa melalui perintah am atau khas secara bertulis oleh Ketua Pendaftar hendaklah mempunyai hak untuk menghadiri mana-mana mesyuarat sedemikian dan memberikan nasihat tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi Ketua Pendaftar atau orang yang diberikuasa itu tidaklah berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu.