Malaysia legislation

Section 45

of AKTA KOPERASI 1993

Seksyen 45

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa atau dimulakan terhadap diri mana-mana anggota Lembaga atau pegawai sesuatu koperasi berdaftar berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau kenyataan yang dibuat bona fide menurut atau semasa melaksanakan atau dengan tujuan untuk melaksanakan Akta ini, peraturan-peraturan atau undang-undang kecil koperasi berdaftar itu.

(3)

Jika Lembaga sesuatu koperasi berdaftar telah melantik seseorang sebagai pengurus untuk men-tadbirkan dan menguruskan hal-ehwal koperasi berdaftar itu, perlantikan itu tidaklah mengecualikan anggota-anggota Lembaga daripada liabiliti dan tanggungjawab bagi arahan dan penjalanan yang sepatutnya akan hal-ehwal koperasi berdaftar itu.