Malaysia legislation

Section 46

of AKTA KOPERASI 1993

Seksyen 46

(3)

Dalam seksyen ini, "elaun" ertinya saraan yang dibayar kepada seseorang anggota Lembaga sesuatu koperasi berdaftar atau seseorang anggota Jawatankuasa Audit Dalaman sesuatu koperasi berdaftar sebagai balasan kerana khidmat-khidmatnya yang diberikan kepada koperasi itu secara tetap.

(2)

Tiada anggota Lembaga sesuatu koperasi berdaftar yang dilantik untuk mewakili koperasi berdaftar itu dalam lembaga pengarah mana-mana subsidiarinya boleh menerima atau mengambil apa-apa saraan daripada subsidiari itu tanpa kelulusan terdahulu mesyuarat agung koperasi berdaftar itu.