Malaysia legislation

Section 47

of AKTA KOPERASI 1993

Seksyen 47

(a)

Lembaga koperasi berdaftar itu hendaklah menggantung pegawai itu daripada menjadi pegawai koperasi berdaftar itu; dan

(b)

jika pegawai itu ialah juga pegawai Lembaga mana-mana koperasi berdaftar yang lain, Lembaga koperasi berdaftar yang satu lagi itu hendaklah menggantung pegawai itu daripada menjadi pegawai koperasi berdaftar yang satu lagi itu, dari masa dia mula-mula dipertuduh di mahkamah hingga selesai dengan muktamadnya prosiding terhadapnya, termasuk apa-apa prosiding selanjutnya dalam bentuk rayuan, dan dia hendaklah dengan itu berhenti menggunakan apa-apa hak atau melaksanakan apa-apa fungsi atau tugas berkenaan dengan jawatan itu dan dia tidak boleh menerima apa-apa saraan berkenaan dengan jawatan itu sepanjang tempoh penggantungan itu.

(2)

Jika seseorang pegawai yang telah digantung di bawah subseksyen (1) dibebaskan, selepas prosiding terhadapnya diputuskan dengan muktamad, dia hendaklah dibayar apa-apa saraan yang sepatutnya kena dibayar kepadanya dalam tempoh penggantungan itu jika tidak kerana peruntukan-peruntukan subseksyen (1).