Malaysia legislation

Section 48

of AKTA KOPERASI 1993

Seksyen 48

Jika pegawai sesuatu koperasi berdaftar disabitkan atas sesuatu kesalahan boleh daftar atau sesuatu kesalahan di bawah Akta ini dan sabitan itu tidak diketepikan apabila selesai segala prosiding, termasuk apa-apa rayuan, pegawai itu hendaklah disifatkan telah mengosongkan jawatannya dari tarikh dia mula-mula dipertuduh atas kesalahan itu dan dia adalah terhalang daripada dilantik semula sebagai pegawai mana-mana koperasi berdaftar.