Malaysia legislation

Section 49

of AKTA KOPERASI 1993

Seksyen 49

(a)

memastikan kuasa dan keesahan segala perbelanjaan;

(b)

memeriksa akaun-akaun koperasi berdaftar itu, atau melantik orang-orang yang kompeten untuk memeriksa akaun-akaun itu, pada lat-lat tempoh yang tetap yang, bagaimanapun, tidak boleh kurang daripada sekali dalam tiap-tiap tempoh tiga bulan; dan

(c)

memberitahu Lembaga apa-apa ketakselarasan yang berlaku dalam pengurusan koperasi berdaftar itu.

(2)

Jawatankuasa Audit Dalaman sesuatu koperasi berdaftar hendaklah mengemukakan, dalam mesyuarat agung tahunan, laporan tentang pengurusan dan halehwal koperasi berdaftar itu, termasuklah apa-apa pelanggaran undang-undang kecil koperasi itu.

(3)

Jawatankuasa Audit Dalaman sesuatu koperasi berdaftar hendaklah, pada setiap masa, mempunyai akses kepada segala buku, akaun dan dokumen koperasi berdaftar itu, dan mana-mana orang yang dikehendaki oleh Jawatankuasa Audit Dalaman itu supaya mengemukakan apa-apa maklumat atau buku-buku, akaun-akaun dan dokumen-dokumen sedemikian hendaklah mematuhi kehendak itu.

(4)

Segala kos dan perbelanjaan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Audit Dalaman sesuatu koperasi berdaftar pada menjalankan tugas-tugas, fungsi-fungsi dan tanggungjawab-tanggungjawabnya hendaklah ditanggung oleh koperasi berdaftar itu.