Malaysia legislation
Section 50
Seksyen 50
0 Wang sesuatu koperasi berdaftar boleh diperdapatkan melalui mana-mana atau kesemua yang berikut:
(a)
fee masuk, yang tidaklah boleh dikembalikan kecuali dalam hal apabila sesuatu permohonan untuk menjadi anggota telah ditolak;
(b)
syer-syer yang dilanggani dan dibayar oleh anggota-anggota, yang daripadanya suatu bilangan minimum yang ditetapkan dalam undang-undang kecil koperasi berdaftar itu tidak boleh dikeluarkan kecuali selepas keanggotaan tamat, tetapi syer yang dilanggani melebihi sumbangan minimum ini boleh dikeluarkan atau dipindahkan atau keduaduanya tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan dan kepada apa-apa had yang ditetapkan dalam undang-undang kecil koperasi berdaftar itu;
(c)
dalam hal koperasi-koperasi berdaftar yang matlamatnya ialah untuk menggalakkan jimat cermat di kalangan anggota-anggotanya dan untuk mewujudkan suatu sumber kredit bagi anggota-anggotanya, modal yuran;
(d)
simpanan khas daripada anggota-anggota yang hendaklah boleh dikeluarkan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam undang-undang kecil;
(e)
deposit atau pinjaman daripada anggota-anggota dan yang bukan anggota, tertakluk kepada sekatan-sekatan yang ditetapkan dalam Akta ini dan peraturan-peraturan dan dalam undang-undang kecil koperasi berdaftar itu;
(ea) ...
(f)
lebihan yang dibawa ke Akaun Rizab;
(g)
derma dan pemberian yang diberikan oleh orang-orang ketiga, kecuali bahawa derma daripada sumber asing, sama ada yang ditawarkan secara langsung atau selainnya, tidak boleh diterima oleh sesuatu koperasi berdaftar tanpa mendapat kelulusan Ketua Pendaftar terlebih dahulu.
(0)
...