Malaysia legislation

Section 51

of AKTA KOPERASI 1993

Seksyen 51

(a)

anggota-anggotanya;

(b)

pekerja-pekerjanya;

(c)

subsidiarinya atau subsidiari-subsidiarinya; atau

(d)

sesuatu koperasi berdaftar yang lain, dan pinjaman atau kemudahan kredit lain itu hendaklah tertakluk kepada—

(aa) peraturan-peraturan dan undang-undang kecil koperasi itu; dan

(bb) dalam hal subsidiari atau subsidiari subsidiarinya atau koperasi berdaftar yang lain, kelulusan Ketua Pendaftar juga.

(2)

Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi sesuatu koperasi berdaftar yang dibenarkan memberikan pinjaman atau kemudahan kredit lain mengikut peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang menguasai operasinya.

(3)

Menteri boleh, melalui perintah am atau khas, melarang atau menyekat pemberian pinjaman bersandarkan gadaian atau gadai janji harta tak alih oleh mana-mana koperasi berdaftar atau golongan koperasi berdaftar.