Malaysia legislation
Section 54
Seksyen 54
(a)
mana-mana institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989;
(b)
mana-mana institusi kewangan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan;
(c)
mana-mana koperasi berdaftar yang diluluskan oleh Ketua Pendaftar melalui pemberitahuan dalam Warta;
(d)
mana-mana bon atau sekuriti yang dikeluarkan di Malaysia dan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia;
(e)
syer-syer baru, yang penerbitannya atau penjualannya telah diluluskan di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983, dalam mana-mana syarikat berhad awam yang diperbadankan di Malaysia yang memang sudah tersenarai pada suatu bursa saham di Malaysia atau yang penyenaraiannya pada suatu bursa saham di Malaysia sudah diluluskan di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983; atau
(f)
apa-apa pelaburan dan sekuriti lain yang pada masa ini dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis bagi pelaburan wang amanah.
(2)
Tiada koperasi berdaftar boleh melaburkan wang berlebihannya dengan apa-apa cara lain, kecuali, dengan kelulusan Ketua Pendaftar, dalam—
(a)
syer atau sekuriti mana-mana koperasi berdaftar lain;
(b)
modal syer atau stok debentur boleh tukar atau boleh tebus mana-mana syarikat selain daripada yang dinyatakan dalam subseksyen (1);-atau-
(c)
dalam subsidiari-subsidiarinya.
(3)
Tiada koperasi berdaftar boleh melaburkan wangnya di bawah perenggan-perenggan (1)(e) dan (1)(f) dan subseksyen (2) melebihi had yang ditentukan oleh mesyuarat agungnya.