Malaysia legislation

Section 55

of AKTA KOPERASI 1993

Seksyen 55

(a)

penjualan tanah atau bangunan, atau keduaduanya, sebagai aset tetap; dan

(b)

penilaian semula tanah atau bangunan, atau kedua-duanya, sebagai aset tetap, dengan kelulusan Ketua Pendaftar.

(2)

Keuntungan modal yang disebutkan dalam perenggan (1)(a) boleh digunakan oleh koperasi berdaftar itu bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:

(a)

penerbitan syer bonus;

(b)

penghapusan kira kerugian terkumpul;

(c)

penghapusan kira kerugian modal; dan

(d)

pewujudan suatu Kumpulan Wang Penebusan Syer Bonus.

(3)

Tiada koperasi berdaftar boleh menggunakan keuntungan modal yang disebutkan dalam perenggan (1)(a) bagi maksud menerbitkan syer bonus melainkan jika dan sehingga semua kerugian terkumpul dan semasanya, jika ada, telah dihapuskira sepenuhnya.

(4)

Keuntungan modal yang disebutkan dalam perenggan (1)(b) boleh digunakan oleh koperasi berdaftar itu untuk menerbitkan syer bonus kepada anggota-anggotanya dan syer bonus itu tidak boleh dikeluarkan tetapi boleh, dengan kelulusan Lembaga, dipindahkan kepada anggota lain koperasi berdaftar itu atau, dalam hal anggota yang mati selepas syer bonus itu dikeluarkan, dibayar daripada Kumpulan Wang Penebusan Syer Bonus koperasi berdaftar itu.

(5)

Syer bonus yang ditebus oleh sesuatu koperasi berdaftar boleh diterbitkan semula sebagai syer bonus kepada anggota-anggotanya mengikut peruntukan-peruntukan undang-undang kecilnya.

(6)

Suatu daftar syer bonus hendaklah disenggara oleh koperasi berdaftar itu.

(7)

Seksyen ini tidaklah terpakai bagi sesuatu koperasi berdaftar yang dikehendaki oleh peruntukanperuntukan mana-mana undang-undang bertulis lain

Koperasi yang menguasai operasinya supaya memperlakukan keuntungan modalnya mengikut cara yang diperuntukkan dalam undang-undang itu.