Malaysia legislation

Section 57

of AKTA KOPERASI 1993

Seksyen 57

(1A)

-

(1E)

...

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (7), tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah, daripada untung bersih terauditnya bagi tahun kewangan yang sebelumnya, membayar apa-apa jumlah wang yang ditentukan oleh Menteri kepada—

(a)

mana-mana institusi pendidikan koperasi; atau

(b)

mana-mana koperasi menengah atau atasan yang telah diisytiharkan oleh Menteri sebagai badan yang mewakili pergerakan koperasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, atau kepada kedua-duanya, atau kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi yang ditubuhkan di bawah peraturan-peraturan bagi memajukan prinsipprinsip koperasi.

(3)

Tiada koperasi menengah atau atasan boleh diisytiharkan di bawah perenggan (2)(b) sebagai badan yang mewakili pergerakan koperasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa melainkan jika—

(a)

matlamat-matlamat koperasi itu termasuklah menggalakkan prinsip-prinsip koperasi dan memudahkan operasi koperasi-koperasi berdaftar; dan

(b)

undang-undang kecil koperasi itu membuat peruntukan bagi—

(i)

pergabungan segala koperasi berdaftar tanpa apa-apa sekatan atau pembayaran apa-apa fee kecuali fee masuk; dan

(ii)

perlantikan kepada Lembaganya, oleh Menteri, akan sekurang-kurangnya seorang wakil daripada kementerian Menteri itu, dan akan seorang wakil daripada Kementerian Kewangan.

(4)

Maka bolehlah ditolak daripada jumlah wang yang disebutkan dalam subseksyen (1) apa-apa jumlah wang yang dibayar menurut subseksyen (2).

(5)

Tertakluk kepada subseksyen (7), sesuatu koperasi berdaftar boleh, selepas bayaran-bayaran yang dinyatakan dalam subseksyen (1) dan (2), menggunakan untung bersih terauditnya bagi tahun kewangan yang sebelumnya bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:

(a)

pembayaran potongan kerana langganan dan pulangan atas deposit;

(b)

pembayaran dividen, yang tidak boleh, bagaimanapun, melebihi kadar maksimum yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan, atas syer dan yuran anggota-anggota koperasi berdaftar itu;

(c)

pembayaran honorarium kepada anggota-anggota Lembaga koperasi berdaftar itu, yang tidak boleh, bagaimanapun, melebihi jumlah wang yang diluluskan oleh Ketua Pendaftar;

(d)

pembayaran sejumlah wang yang tidak melebihi sepuluh peratus daripada untung bersih teraudit bagi apa-apa maksud khairat atau bagi apa-apa maksud lain.

(6)

Tiada potongan kerana langganan, pulangan atas deposit atau dividen atas syer dan yuran boleh dibayar kepada anggota-anggota sesuatu koperasi berdaftar dan tiada honorarium boleh dibayar kepada anggota-anggota Lembaga sesuatu koperasi berdaftar kecuali daripada untung bersih teraudit koperasi berdaftar itu.

(7)

Tiada koperasi berdaftar boleh menggunakan untung bersihnya bagi apa-apa maksud di bawah subseksyen (2) atau (5) melainkan jika dan sehingga semua kerugian terkumpulnya, jika ada, telah dihapus kira sepenuhnya.

(8)

Walau apa pun subseksyen (7), sesuatu koperasi berdaftar yang kerugian terkumpulnya telah tidak dihapus kira sepenuhnya boleh, dengan kelulusan Ketua Pendaftar, menggunakan untung bersih terauditnya bagi tahun kewangan sebelumnya untuk pembayaran dividen yang dalam mana-mana kes tidak boleh melebih lima peratus daripada untung bersih terauditnya itu.