Malaysia legislation
Section 58
Seksyen 58
(2)
Tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah menyebabkan catatan-catatan yang sesuai dibuat dalam rekod perakaunan dan rekod-rekod lain dengan seberapa segera yang mungkin tetapi tidak lewat daripada tiga puluh hari dari selesainya transaksi-transaksi yang berhubungan dengan catatan-catatan itu.
(3)
Tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah menyebabkan disediakan, dengan seberapa segera yang mungkin tetapi tidak lewat daripada dua bulan selepas tamatnya setiap tahun kewangan, akaun perdagangan dan untung rugi dan kunci kira-kira berserta dengan apaapa dokumen lain yang dikehendaki bagi maksud pengauditan.
(4)
Rekod-rekod yang disebutkan dalam subseksyen (1) hendaklah disimpan di pejabat berdaftar koperasi berdaftar itu atau di mana-mana tempat lain yang difikirkan patut oleh Lembaga dan hendaklah terbuka pada setiap masa untuk diperiksa oleh Ketua Pendaftar dan oleh mana-mana orang yang diberikuasa olehnya secara am atau khas dengan bertulis.
(5)
Ketua Pendaftar boleh, dalam mana-mana kes tertentu, memerintahkan supaya rekod perakaunan dan rekod-rekod lain sesuatu koperasi berdaftar, termasuklah rekod perakaunan dan rekod-rekod lain subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, dibuka untuk diperiksa oleh seseorang juruaudit yang diluluskan yang bertindak bagi pihak mana-mana anggota atau pegawai koperasi berdaftar itu, tetapi hanya apabila diberikan suatu akujanji secara bertulis kepada Ketua Pendaftar bahawa apa-apa maklumat yang diperolehi oleh juruaudit itu semasa pemeriksaannya tidak boleh didedahkan olehnya kecuali kepada anggota atau pegawai itu.
(6)
...