Malaysia legislation

Section 59

of AKTA KOPERASI 1993

Seksyen 59

(a)

akaun perdagangan dan untung rugi, penyata sumber sumber dan penggunaan wang bagi tempoh semenjak akaun yang sebelumnya, atau, dalam hal akaun yang pertama, semenjak pendaftaran koperasi itu atau subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, yang di-sediakan setakat tarikh yang tidak lebih daripada dua belas bulan sebelum tarikh mesyuarat agung itu;

(b)

kunci kira-kira setakat tarikh akaun itu disediakan;

(c)

laporan yang ditandatangani oleh atau bagi pihak Lembaga berkenaan dengan kedudukan hal-ehwal koperasi berdaftar itu dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada dan

(d)

laporan juruaudit yang disebutkan dalam seksyen 63; -dan.

(e)

pandangan-pandangan Ketua Pendaftar yang disebutkan dalam subseksyen (2) tentang akaun-akaun dan kunci kira-kira koperasi berdaftar itu dan subsidiari atau subsidiari subsidiarinya, jika ada.

(2)

Akaun-akaun dan kunci kira-kira sesuatu koperasi berdaftar dan subsidiari atau subsidiari subsidiarinya, jika ada, yang teraudit dengan sewajarnya hendaklah dikemukakan kepada anggota-anggotanya tidak kurang daripada lima belas hari dan kepada Ketua Pendaftar tidak kurang daripada tiga puluh hari sebelum mesyuarat agung tahunan, dan Ketua Pendaftar boleh memberikan apa-apa pandangan sebagaimana yang difikirkannya patut mengenai akaun-akaun dan kunci kira-kira itu.

(3)

Tiap-tiap laporan yang berhubungan dengan perenggan (1)(c) hendaklah menyatakan, dengan butirbutir yang sesuai—

(2A)

...

(a)

sama ada atau tidak keputusan-keputusan operasi koperasi berdaftar itu dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, dalam tempoh yang diliputi oleh akaun untung rugi itu telah, pada pendapat Lembaga, terjejas secara material oleh perkara-perkara yang abnormal sifatnya;

(b)

amaun, jika ada, yang telah dibayar, disytiharkan atau disyorkan supaya dibayar sebagai dividen;

(c)

sama ada atau tidak apa-apa hal keadaan telah berbangkit yang menjadikan pematuhan kaedah yang sedia ada bagi pentaksiran aset atau liabiliti koperasi berdaftar itu mengelirukan atau tak sesuai;

(ba) ...

(d)

sama ada apa-apa liabiliti kontingen yang belum ditunaikan telah diakujanji oleh koperasi berdaftar itu atau oleh mana-mana subsidiarinya dalam tempoh yang diliputi oleh akaun untung rugi itu dan, jika demikian, amaunnya dan sama ada atau tidak apa-apa liabiliti kontingen sedemikian telah menjadi boleh dikuatkuasakan atau mungkin akan menjadi boleh dikuatkuasakan dalam tempoh dua belas bulan yang berikutnya yang akan menjejaskan secara material keupayaan koperasi berdaftar itu untuk memenuhi obligasi-obligasinya jika dan apabila obligasi-obligasi itu kena dipenuhi;

(e)

selain daripada Akaun Rizab yang dikehendaki di bawah Akta ini, amaun, jika ada, yang dicadangkan dibawa kepada mana-mana kumpulan wang lain atau akaun rizab lain yang ditunjukkan secara nyata pada kunci kira-kira atau kepada mana-mana kumpulan wang lain atau akaun rizab lain yang akan ditunjukkan dengan nyata pada kunci kira-kira yang kemudiannya; dan-

(f)

jika Lembaga berpendapat bahawa jumlah aset semasa tidak akan sekurang-kurangnya menghasilkan nilai yang ditunjukkan baginya dalam akaun-akaun koperasi berdaftar itu, pendapatnya tentang amaun yang mungkin semunasabahnya diharapkan akan dihasilkan oleh aset semasa itu dalam perjalanan biasa perniagaan koperasi berdaftar itu/da

(4)

Dalam subseksyen (3), ungkapan "perkara perkara yang abnormal sifatnya" termasuklah—

(a)

apa-apa perubahan dalam polisi perakaunan yang diterima-pakai sejak laporan yang sebelumnya;

(b)

apa-apa pemindahan kepada atau daripada rizab atau peruntukan;

(c)

apa-apa penghapusan kira hutang lapuk yang substansial amaunnya;

(d)

apa-apa perubahan dalam asas pentaksiran bagi kesemua atau mana-mana bahagian saham perdagangan atau kesemua atau mana-mana bahagian kerja yang sedang berjalan;

(e)

apa-apa butiran yang luar biasa jenisnya atau nilainya yang terdapat dalam akaun-akaun itu; dan

(f)

ketiadaan apa-apa butiran material yang biasanya dimasukkan ke dalam akaun-akaun itu.

(5)

Tiap-tiap akaun perdagangan dan untung rugi dan kunci kira-kira yang dibentangkan di hadapan sesuatu koperasi berdaftar dalam mesyuarat agung tahunan, termasuk akaun untung rugi yang disatukan dan kunci kira-kira yang disatukan, hendaklah memberikan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan hal-ehwal koperasi berdaftar itu dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada.

(6)

...