Malaysia legislation

Section 61

of AKTA KOPERASI 1993

Seksyen 61

(b)

Ketua Pendaftar berpuas hati bahawa orang itu layak dan kompeten untuk diluluskan sedemikian.

(a)

orang itu memohon secara bertulis kepada Ketua Pendaftar supaya diluluskan sedemikian; dan

(2)

Tiada seorang pun boleh diluluskan untuk mengaudit dan tiada seorang pun boleh mengaudit akaun-akaun koperasi berdaftar yang sama bagi apa-apa tempoh berterusan yang melebihi enam tahun, tetapi orang sedemikian boleh diluluskan untuk mengaudit dan boleh meneruskan pengauditan akaun-akaun sesuatu koperasi berdaftar dua tahun selepas dia berhenti mengaudit akaun-akaun koperasi berdaftar itu.

(3)

Bagi maksud-maksud subseksyen (2), kelulusan bagi suatu tempoh yang lebih lanjut untuk seseorang juruaudit, selepas sahaja dia berhenti bertindak sebagai juruaudit koperasi berdaftar yang sama, hendaklah ditafsirkan sebagai menjadikan tempoh itu berterusan.