Malaysia legislation
Section 62
Seksyen 62
Tiada seorang pun boleh diluluskan untuk mengaudit akaun-akaun sesuatu koperasi berdaftar atau, jika dia sudahpun diluluskan sebagai juruaudit, boleh mengaudit akaun-akaun sesuatu koperasi berdaftar atau membuat apa-apa jua yang dikehendaki supaya dibuat oleh seseorang juruaudit di bawah Akta ini jika—
(a)
dia dengan apa-apa cara berhutang dengan koperasi berdaftar itu atau dengan mana-mana subsidiarinya bagi sejumlah wang yang melebihi sepuluh ribu ringgit;
(9a)
...
(b)
dia ialah pegawai koperasi berdaftar itu atau pekongsi pegawai itu dalam apa-apa perusahaan;
(c)
dia ialah pekerja koperasi berdaftar itu atau pekongsi pekerja itu dalam apa-apa perusahaan;
(d)
dia ialah pekerja seseorang pegawai koperasi berdaftar itu atau pekerja seseorang pekerja sedemikian; atau
(e)
dia telah disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, atau Akta Syarikat 1965 atau atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud atau ketakjujuran di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain.