Malaysia legislation
Section 63
Seksyen 63
(2)
Juruaudit sesuatu koperasi berdaftar hendaklah mengaudit dan memberi laporan mengenai penyatapenyata kewangan yang dikemukakan oleh koperasiberdaftar itu selepas tutupnya tahun, kewangan itu.
(3)
Juruaudit sesuatu koperasi berdaftar hendaklah, berkenaan dengan akaun-akaun, rekod-rekod dan penyata-penyata yang disebutkan dalam subseksyen (1) dan (2), memberikan laporan—
(a)
sama ada penyata-penyata kewangan sedemikian memberikan gambaran yang benar dan saksama tentang transaksi-transaksi kewangan dan kedudukan hal-ehwal koperasi itu; dan
(b)
apa-apa perkara lain yang berbangkit daripada pengauditan itu sebagaimana yang difikirkannya patut dilaporkan, dan hendaklah menyatakan dalam laporannya sama ada—
(aa) rekod-rekod perakaunan dan rekod-rekod lain yang sepatutnya telah disimpan; dan
(bb) penerimaan, perbelanjaan dan pelaburan wang dan perolehan dan pelupusan aset-aset oleh koperasi berdaftar itu dalam tahun itu adalah mengikut Akta ini, peraturan-peraturan dan undang-undang kecil koperasi berdaftar itu.
(4)
Juruaudit sesuatu koperasi berdaftar boleh pada bila-bila masa lain melaporkan kepada Ketua Pendaftar dan koperasi berdaftar itu tentang apa-apa perkara yang berbangkit daripada perlakuan pengauditan itu.
(5)
Pengauditan akaun-akaun sesuatu koperasi berdaftar hendaklah termasuk suatu penelitian akan dan laporan mengenai hutang-hutang belum jelas, jika ada, dan penelitian akan dan laporan mengenai nilaian asetset dan liabiliti-liabiliti koperasi berdaftar itu.
(6)
...