Malaysia legislation
Section 64
Seksyen 64
Ketua Pendaftar, atau mana-mana pegawai awam yang diberikuasa olehnya secara am atau khas dengan bertulis hendaklah mempunyai akses kepada segala buku, akaun, dokumen dan sekuriti sesuatu koperasi berdaftar dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, dan hendaklah berhak memeriksa wang tunai dalam tangan; dan tiap-tiap pegawai (termasuk mana-mana bekas pegawai) koperasi berdaftar itu dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, hendaklah memberikan apa-apa maklumat dan mengemukakan apa-apa buku, akaun, dokumen dan sekuriti berkenaan dengan transaksi-transaksi dan perjalanan koperasi berdaftar itu dan subsidiari atau subsidiari subsidiarinya, jika ada, sebagaimana yang dikehendaki oleh orang yang membuat pemeriksaan itu/;
provok ...