Malaysia legislation
Section 65
Seksyen 65
Jika, dalam masa atau berikutan dengan sesuatu pemeriksaan di bawah seksyen 64, didapati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan telah dilakukan, maka Ketua Pendaftar atau pegawai awam yang diberikuasa olehnya secara bertulis untuk membuat pemeriksaan itu boleh memasuki manamana premis yang dipunyai oleh atau dihuni oleh koperasi berdaftar itu dan boleh menyita dan menahan mana-mana buku, dokumen dan sekuriti koperasi berdaftar itu yang mungkin memberikan keterangan tentang sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan.