Malaysia legislation
Section 66
Seksyen 66
(2)
Bagi maksud suatu siasatan di bawah subseksyen (1), Ketua Pendaftar atau orang yang diberikuasa yang disebutkan dalam subseksyen (1) boleh memanggil mana-mana orang yang dia ada sebab untuk percaya tahu tentang mana-mana hal-ehwal koperasi berdaftar itu dan boleh memeriksa orang itu dengan bersumpah dan boleh menghendaki mana-mana orang mengemukakan atau menyerahkan apa-apa buku, akaun dan dokumen dalam jagaannya yang dipunyai oleh koperasi berdaftar itu dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, jika Ketua Pendaftar atau orang yang diberikuasa itu mempunyai sebab untuk percaya bahawa buku-buku, akaun-akaun dan dokumen itu boleh memberikan keterangan tentang sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah peraturan-peraturan.
(3)
Tiap-tiap orang yang diberikuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah, setelah tamatnya siasatan di bawah subseksyen (1), melaporkan dapatannya kepada Ketua Pendaftar.