Malaysia legislation

Section 69

of AKTA KOPERASI 1993

Seksyen 69

(a)

menggantung semua atau mana-mana aktiviti koperasi berdaftar itu, selama tempoh yang dinyatakan olehnya;

(b)

menggantung atau membubarkan Lembaga koperasi berdaftar itu; atau

(c)

membekukan akaun-akaun bank koperasi berdaftar itu untuk mengelakkan kerugian atau penyalahgunaan wang.

(2)

Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai kuatkuasa sebaik sahaja ia dibuat dan hendaklah, melainkan jika ia diketepikan di bawah subseksyen (7), sah selama tempoh yang dinyatakan di dalam perintah itu; dan tempoh itu boleh dilanjutkan dari semasa ke semasa tetapi jumlahnya tidak boleh melebihi empat tahun.

(3)

Walaupun rayuan telah diserahkan di bawah subseksyen (7), Ketua Pendaftar boleh melantik seseorang (termasuk sesuatu pertubuhan perbadanan, sama ada didaftarkan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain) sebagai pentadbir untuk menguruskan, tertakluk kepada pengawasan Ketua Pendaftar, hal-ehwal koperasi berdaftar itu; dan pentadbir yang sedemikian hendaklah menguruskan hal-ehwal koperasi berdaftar itu sehingga suatu Lembaga baru dipilih di bawah undang-undang kecil koperasi berdaftar itu atau, jika perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) kemudiannya diketepikan, sehingga perintah itu diketepikan sedemikian.

(4)

Seseorang yang dilantik di bawah subseksyen (3) hendaklah mempunyai dan menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Lembaga koperasi berdaftar itu; dan berkenaan dengan pengurusan koperasi berdaftar itu peruntukan-peruntukan yang berikut hendaklah mempunyai kuatkuasa:

(a)

seseorang yang dilantik sedemikian hendaklah diberi apa-apa saraan yang difikirkan patut oleh Ketua Pendaftar;

(b)

apa-apa saraan yang diperuntukkan di bawah perenggan (a) dan segala perbelanjaan dan kos hendaklah kena dibayar daripada wang koperasi berdaftar itu; dan

(c)

seseorang yang dilantik sedemikian tidaklah bertanggungan kepada koperasi berdaftar itu atau mana-mana anggota koperasi berdaftar itu atau kepada mana-mana orang atas apa-apa perbuatan yang dilakukan olehnya dengan suci hati.

(5)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan menyentuh kuasa Ketua Pendaftar untuk memerintahkan penggulungan sesuatu koperasi berdaftar.

(6)

Walau apa pun peruntukan-peruntukan yang terdahulu dalam seksyen ini, Ketua Pendaftar boleh dengan perintah memecat mana-mana pegawai koperasi berdaftar itu jika tindakan yang demikian adalah bagi kepentingan koperasi berdaftar itu, tetapi tiada seorang pun boleh dipecat sedemikian tanpa diberi peluang untuk didengar; dan apa-apa kekosongan yang wujud akibat pemecatan sedemikian hendaklah diisi mengikut cara yang diperuntukkan dalam undang-undang kecil koperasi itu.

(7)

Mana-mana orang yang terkilan dengan perintah Ketua Pendaftar yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau subseksyen (6) boleh, dalam masa dua puluh satu hari dari pembuatan perintah itu, merayu kepada

Menteri, yang hendaklah mengesahkan atau mengetepikan perintah sedemikian dan keputusan Menteri adalah muktamad dan konklusif.

69A-690...