Malaysia legislation

Section 71

of AKTA KOPERASI 1993

Seksyen 71

(2)

Mana-mana anggota sesuatu koperasi berdaftar boleh, dalam tempoh dua bulan dari tarikh sesuatu perintah di bawah subseksyen (1), merayu kepada Menteri terhadap perintah itu.

(3)

Jika tiada rayuan dikemukakan kepada Menteri terhadap sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) dalam tempoh dua bulan dari tarikh perintah itu, perintah itu hendaklah mula berkuatkuasa apabila tempoh itu tamat.

(4)

Jika suatu rayuan dikemukakan kepada Menteri terhadap perintah di bawah subseksyen (1) dalam masa dua bulan dari tarikh perintah itu, perintah itu tidak boleh berkuatkuasa melainkan jika dan sehingga ia disahkan oleh Menteri.

(5)

Jika Ketua Pendaftar membuat sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) bagi pembatalan pendaftaran sesuatu koperasi berdaftar, dia boleh membuat apa-apa perintah lanjut yang difikirkannya patut bagi jagaan buku-buku dan dokumen-dokumen dan bagi perlindungan atau pelupusan aset aset koperasi berdaftar itu sehingga perintah yang membatalkan pendaftaran koperasi itu berkuatkuasa di bawah subseksyen (3) atau, jika rayuan dikemukakan di bawah subseksyen (4), sehingga perintah itu disahkan atau selainnya.