Malaysia legislation
Section 75
Seksyen 75
(a)
menentukan, dari semasa ke semasa, sumbangan-sumbangan yang hendaklah dibuat oleh anggota-anggota dan bekas anggota-anggota, atau oleh harta pusaka anggota-anggota yang mati, koperasi berdaftar itu kepada aset-asetnya;
(b)
menetapkan, dengan notis, suatu hari yang sebelumnya pemiutang-pemiutang, yang tuntutan-tuntutan mereka belum lagi direkodkan dalam buku-buku koperasi berdaftar itu, hendaklah menyatakan tuntutan-tuntutan mereka bagi diambil kira supaya mereka tidak tersingkir daripada apa-apa pembahagian yang dibuat sebelum mereka membuktikan tuntutan-tuntutan itu;
(c)
memutuskan apa-apa persoalan tentang susunan keutamaan yang berbangkit di antara orang-orang yang menuntut dan menyediakan suatu skim bagi pembayaran apa yang sepatutnya diterima oleh mereka;
(d)
memulakan dan membela guaman-guaman dan prosiding-prosiding undang-undang lain oleh dan bagi pihak sesuatu koperasi berdaftar atas namanya atau jawatannya dan hadir sendiri di mahkamah sebagai litigan bagi pihak koperasi itu;
(e)
memberi mana-mana orang kuasa untuk membuat pemungutan dan memberikan resitresit sah bagi pihaknya;
(f)
memutuskan siapakah yang akan menanggung dan pada kadar apakah akan ditanggungnya kos-kos pelikuidasian;
(g)
memberikan apa-apa arahan berkenaan dengan pemungutan dan pembahagian aset-aset koperasi berdaftar itu dan pelupusan buku-buku dan dokumen-dokumen koperasi itu sebagaimana yang perlu semasa menggulung koperasi itu;
(h)
berkompromi tentang apa-apa tuntutan oleh atau terhadap koperasi berdaftar itu dengan syarat sanksi Ketua Pendaftar telah diperolehi terlebih dahulu;
(i)
memanggil apa-apa mesyuarat agung anggota atau perwakilan sebagaimana yang perlu bagi perjalanan sepatutnya pelikuidasian itu;
(j)
mengambil milik buku-buku, dokumen-dokumen dan aset-aset koperasi berdaftar itu;
(k)
menjual, memindahhak, memindah, menyerahhak, menukar, menyerahbalik dan memulangkan, memajak, menggadai-janji, menggadai, mendapatkan balik, menyerahhak semula atau selainnya mengurus, kesemua atau mana-mana bahagian harta koperasi berdaftar itu, dan mengurus hasil-hasilnya mengikut apa-apa cara untuk faedah, atau bagi kepentingan, koperasi berdaftar itu atau anggota-anggota, pendeposit-pendeposit, pemiutang-pemiutang atau pelanggan-pelanggan, atau orang-orang yang mempunyai apa-apa urusan atau transaksi yang sah dengan koperasi berdaftar itu;
(1)
membuat apa-apa perkiraan, perjanjian, atau skim, dengan mana-mana orang di mana kesemua atau mana-mana bahagian harta koperasi berdaftar itu dijual, dipindahhak, dipindah, diserahhak, ditukar, diserahbalik dan dipulangkan, dipajak, digadai-janji, digadai, diserahhak semula, atau selainnya dilupus, kepada mana-mana orang sebagai balasan untuk orang tersebut bersetuju untuk menjelaskan kesemua, atau suatu bahagian yang dinyatakan, liabiliti-liabiliti koperasi berdaftar itu termasuk liabiliti-liabiliti deposit koperasi berdaftar itu;
(m)
membuat apa-apa perkiraan, perjanjian, komposisi, kompromi, atau skim, dengan mana-mana pendeposit, pemiutang, pelanggan, atau orang yang mempunyai apa-apa urusan atau transaksi yang sah dengan koperasi berdaftar itu di mana apa-apa hak mana-mana orang tersebut, atau apa-apa liabiliti koperasi berdaftar itu kepada mana-mana orang tersebut, dijadikan tertakluk kepada perkiraan, perjanjian, komposisi, kompromi atau skim yang dibuat oleh pelikuidasi itu;
(n)
mengambil kerja mana-mana orang sebagai pekerja koperasi berdaftar itu, atau menamatkan pekerjaan mana-mana pekerja koperasi berdaftar itu, mengikut terma-terma kontrak perkhidmatan atau mengambil apa-apa tindakan termasuk tindakan tatatertib dan hukuman, sebagaimana yang didapatinya perlu, sesuai atau suai-manfaat berkenaan dengan pengambilan kerja atau penamatan kerja itu;
(o)
menjalankan perniagaan koperasi berdaftar itu setakat yang perlu bagi menggulungnya dengan lebih bermanfaat; dan
(p)
mengaturkan pembahagian aset-aset koperasi berdaftar itu mengikut cara yang memudahkan apabila sesuatu skim pembahagian telah diluluskan oleh Ketua Pendaftar.
(2)
Walau apa pun perenggan (1)(o), pelikuidasi sesuatu koperasi kredit tidak berhak memberikan apaapa pinjaman.
(3)
Seseorang pelikuidasi boleh merujukkan apa-apa pertikaian kepada Ketua Pendaftar, dan berhubungan dengan pertikaian sedemikian seksyen 82 hendaklah terpakai seolah-olah pertikaian itu ialah suatu pertikaian yang menyentuh perniagaan sesuatu koperasi berdaftar.
(4)
Seseorang pelikuidasi hendaklah mendepositkan wang dan aset lain sesuatu koperasi yang dibubarkan iaitu yang dipungut olehnya atau yang masuk ke dalam miliknya sebagai pelikuidasi, mengikut cara dan di tempat yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar dari semasa ke semasa.
(5)
Seseorang pelikuidasi hendaklah, tiap-tiap tiga bulan atau pada lat-lat tempoh yang kurang daripada itu sebagaimana yang diperintahkan oleh Ketua Pendaftar, mengemukakan kepada Ketua Pendaftar, suatu laporan yang menyatakan kemajuan yang dicapai dalam menggulung hal-ehwal koperasi itu, dan hendaklah, apabila selesai prosiding pelikuidasian itu, mengemukakan suatu laporan muktamad dan menyerahkan kepada Ketua Pendaftar segala buku, daftar dan akaun kepunyaan koperasi itu dan segala buku dan akaun yang disimpan olehnya yang berhubungan dengan prosiding itu.
(6)
Mana-mana pelikuidasi yang dilantik di bawah Akta ini hendaklah, setakat yang kuasa-kuasa itu adalah perlu bagi melaksanakan maksud-maksud seksyen ini, mempunyai kuasa untuk memanggil dan memaksa kehadiran pihak-pihak dan saksi-saksi dan untuk memaksa pengemukaan dokumen-dokumen dengan cara yang sama dan (setakat yang boleh) mengikut cara yang sama sebagaimana yang diperuntukkan dalam hal Mahkamah Sesyen.
(7)
Jika Ketua Pendaftar telah, menurut subseksyen (4), menentukan bahawa wang sesuatu koperasi yang dibubarkan hendaklah diremitkan kepadanya, wang itu hendaklah dipegang olehnya dalam suatu Akaun Amanah yang hendaklah dikenali sebagai Akaun Pelikuidasian Koperasi sementara menanti pembahagiannya kepada benefisiari-benefisiari mengikut suatu skim yang memerlukan kelulusannya.
(8)
Wang yang dipegang dalam Akaun Pelikuidasian Koperasi boleh didepositkan atau dilaburkan mengikut Akta Pemegang Amanah 1949 dan pendapatan bersih daripada deposit atau pelaburan sedemikian hendaklah dikreditkan kepada Kumpulan Wang Pusat Koperasi yang hendaklah dipegang dan ditadbirkan oleh Ketua Pendaftar mengikut peraturan-peraturan.