Malaysia legislation

Section 76

of AKTA KOPERASI 1993

Seksyen 76

Ketua Pendaftar boleh, berkenaan dengan koperasi yang disebutkan dalam seksyen 74—

(a)

menghapuskan atau mengubah apa-apa perintah yang dibuat oleh seseorang pelikuidasi dan membuat apa-apa jua perintah baru yang diperlukan;

(b)

memecat seseorang pelikuidasi daripada jawatan;

(c)

meminta segala buku, dokumen dan aset koperasi itu;

(d)

dengan perintah secara bertulis menghadkan kuasa-kuasa seseorang pelikuidasi di bawah seksyen 75;

(e)

menghendaki supaya akaun diberikan kepadanya oleh pelikuidasi;

(f)

mendapatkan pengauditan akaun pelikuidasi dan memberikuasa pembahagian aset-aset koperasi itu; dan

(g)

membuat perintah bagi saraan pelikuidasi itu, dan saraan itu hendaklah dimasukkan ke dalam kos pelikuidasian dan hendaklah kena dibayar daripada aset-aset dengan diberikan keutamaan daripada segala tuntutan lain.