Malaysia legislation
Section 82
Seksyen 82
(a)
di kalangan anggota-anggota, bekas anggota-anggota dan orang-orang yang menuntut melalui anggota-anggota, bekas anggota-anggota dan anggota-anggota yang mati;
(b)
di antara seseorang anggota, bekas anggota, atau orang yang menuntut melalui seseorang anggota, bekas anggota atau anggota yang mati dengan koperasi itu, Lembaganya, atau manamana pegawai koperasi itu;
(c)
di antara koperasi itu atau Lembaganya dengan mana-mana pegawai koperasi itu; atau
(d)
di antara koperasi itu dengan mana-mana koperasi berdaftar lain, pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada Ketua Pendaftar bagi keputusannya.
(2)
Sesuatu tuntutan oleh sesuatu koperasi berdaftar bagi apa-apa hutang atau tuntutan yang kena dibayar kepada koperasi itu oleh seseorang anggota, bekas anggota atau penama, waris atau wakil di sisi undangundang seseorang anggota yang mati, hendaklah disifatkan suatu pertikaian yang menyentuh perniagaan koperasi itu mengikut pengertian subseksyen (1).
(3)
Ketua Pendaftar boleh, apabila diterimanya rujukan di bawah subseksyen (1)—
(a)
memutuskan sendiri pertikaian itu;
(b)
merujukkannya kepada seseorang penimbang tara atau penimbang-penimbang tara bagi dibereskan; -atau-
(ba)...
(c)
menghendaki pihak-pihak yang berkaitan merujukkan pertikaian itu kepada mahkamah.
(4)
Mana-mana pihak yang terkilan dengan award penimbang tara atau penimbang-penimbang tara boleh merayu terhadap award itu kepada Ketua Pendaftar dalam masa dua bulan dari tarikh award itu dan mengikut cara yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan.
(5)
Keputusan Ketua Pendaftar adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah civil.
(6)
Award penimbang tara atau penimbangpenimbang tara di bawah subseksyen (3), jika tiada rayuan dikemukakan kepada Ketua Pendaftar di bawah subseksyen (4) atau jika rayuan itu ditarik balik atau tidak diteruskan, adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah civil.
(7)
Keputusan Ketua Pendaftar atau award penimbang tara atau penimbang-penimbang tara yang, menurut kuasa subseksyen (5) dan (6), adalah muktamad hendaklah dikuatkuasakan oleh Mahkamah Sesyen yang mempunyai bidang kuasa bagi tempat terletaknya pejabat berdaftar koperasi itu mengikut cara yang sama seolah-olah keputusan atau award itu ialah suatu penghakiman Mahkamah Sesyen itu.
(8)
Mana-mana pihak yang terkilan dengan keputusan mahkamah tentang apa-apa pertikaian yang dirujukkan kepadanya di bawah perenggan (3)(c) boleh merayu terhadap keputusan itu mengikut peruntukan-peruntukan kaedah-kaedah mahkamah yang terpakai baginya.