Malaysia legislation

Section 83

of AKTA KOPERASI 1993

Seksyen 83

(2)

Sesuatu tribunal yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mendengar dan menentukan apa-apa pertikaian mengikut pengertian subseksyen 82(1) dan 82(2) yang dirujukkan kepadanya di bawah seksyen ini.

(3)

Menteri boleh membuat apa-apa peraturan, yang tidak tak konsisten dengan peruntukan-peruntukan Akta ini, sebagaimana yang perlu atau suai-manfaat bagi maksud membolehkan tribunal menjalankan fungsifungsinya, dan khususnya, tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang disebut terdahulu, peraturan-peraturan itu boleh mengadakan peruntukan bagi penubuhan, pegawai-pegawai dan prosiding tribunal itu.

(4)

Setelah suatu tribunal ditubuhkan di bawah subseksyen (1), segala pertikaian mengikut pengertian subseksyen 82(1) dan 82(2)—

(a)

yang berbangkit selepas penubuhan itu; atau

(b)

yang, sebelum penubuhan itu, telah dirujukkan kepada Ketua Pendaftar di bawah subseksyen 82(1) tetapi yang berkenaan dengannya—

(i)

tiada langkah telah diambil atau tiada prosiding telah dimulakan oleh Ketua Pendaftar bagi pemberesannya di bawah perenggan 82(3)(a); atau

(ii)

tiada keputusan telah dibuat oleh Ketua Pendaftar untuk merujukkan pertikaian-pertikaian itu kepada seseorang penimbang tara atau penimbang-penimbang tara bagi pemberesan di bawah perenggan $ 8 2 ( 3 ) ( b ) $ atau untuk menghendaki pihak-pihak yang berkaitan merujukkan pertikaian itu kepada mahkamah di bawah perenggan $ 8 2 ( 3 ) ( c ) $

hendaklah dirujukkan kepada tribunal itu.

(a)

mengambil dan menerima segala keterangan, sama ada bertulis atau lisan, dan memeriksa semua orang sebagai saksi sebagaimana tribunal memikirkan perlu untuk mengambil atau memeriksa;

(5)

Sesuatu tribunal yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh—

(b)

menghendaki keterangan mana-mana saksi dibuat atas sumpah atau ikrar (dan boleh bagi maksud-maksud itu mengendalikan apa-apa sumpah atau ikrar) atau melalui perakuan berkanun;

(c)

memanggil mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat tribunal untuk memberi keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain yang dalam miliknya dan memeriksanya sebagai seorang saksi atau menghendakinya untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain dalam miliknya;

(d)

mendengar dan menentukan pertikaian yang dirujukkan kepadanya walaupun tanpa kehadiran mana-mana pihak kepada pertikaian itu yang kepadanya telah diserahkan suatu saman atau notis untuk hadir;

(e)

walau apa pun undang-undang bertulis berhubungan dengan keterangan, menerima apa-apa keterangan, sama ada bertulis atau lisan, yang mungkin tidak boleh diterima dalam prosiding civil atau jenayah; dan

(f)

menjalankan prosiding atau sebahagian daripadanya secara tertutup.

(6)

Award sesuatu tribunal hendaklah mengikat pihak-pihak dan hendaklah dikuatkuasakan oleh Mahkamah Sesyen yang mempunyai bidang kuasa bagi tempat terletaknya pejabat berdaftar koperasi itu mengikut cara yang sama seolah olah award itu ialah suatu penghakiman Mahkamah Seksyen itu.

(6A)

-

(6C)

...

(7)

Mana-mana pihak yang terkilan dengan award tribunal boleh merayu terhadap award itu kepada Mahkamah Tinggi mengikut peruntukan-peruntukan kaedah-kaedah mahkamah yang terpakai baginya.

(8)

Walaupun suatu tribunal telah ditubuhkan di bawah subseksyen (1), Ketua Pendaftar yang di hadapannya terdapat pertikaian yang belum diselesaikan di bawah perenggan 82(3)(a) atau mana-mana penimbang tara atau penimbang-penimbang tara yang kepadanya suatu pertikaian telah dirujukkan di bawah perenggan 82(3)(b) hendaklah terus menguruskan pertikaian itu di bawah perenggan-perenggan tersebut, dan subseksyen 82(4), 82(6) dan 82(7) hendaklah terus terpakai bagi keputusan Ketua Pendaftar atau award penimbang tara atau penimbang-penimbang tara itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(9)

Subseksyen 82(3), 82(4), 82(5), 82(6), 82(7) dan 82(8) tidaklah terpakai bagi apa-apa pertikaian yang dirujukkan kepada tribunal di bawah seksyen ini.

(10)

Apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai keputusan Ketua Pendaftar atau award penimbang tara atau penimbang-penimbang tara hendaklah, berkenaan dengan pertikaian-pertikaian yang diputuskan oleh tribunal di bawah seksyen ini, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai award tribunal itu.