Malaysia legislation
Section 86
Seksyen 86
(2)
Khususnya, tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh—
(a)
menetapkan borang-borang yang hendaklah digunakan dan syarat-syarat yang hendaklah dipatuhi dalam memohon supaya sesuatu koperasi didaftarkan dan prosedur dalam hal permohonan itu;
(b)
menetapkan syarat-syarat yang hendaklah dipatuhi oleh sesuatu koperasi berdaftar yang memohon bantuan kewangan daripada Kerajaan;
(c)
menetapkan perkara-perkara yang berkenaan dengannya sesuatu koperasi berdaftar boleh atau hendaklah membuat undang-undang kecil dan bagi prosedur yang hendaklah diikuti dalam membuat, meminda dan menghapuskan undang-undang kecil itu, dan syarat-syarat yang hendaklah dipenuhi sebelum pembuatan, pemindaan atau penghapusan sedemikian;
(d)
menetapkan segala perkara yang berhubungan dengan perlantikan dan tempoh jawatan anggota-anggota Lembaga sesuatu koperasi berdaftar;
(e)
menetapkan cara bagaimana sesuatu aktiviti tertentu boleh dijalankan oleh sesuatu koperasi berdaftar;
(f)
menetapkan maksud-maksud yang baginya simpanan khas boleh digunakan;
(g)
menetapkan segala perkara yang berhubungan dengan pergabungan dan pembahagian koperasi-koperasi berdaftar dan pemindahan aset-aset dan liabiliti-liabiliti koperasi-koperasi berdaftar, termasuk peletakhakan aset-aset dan liabiliti-liabiliti—
(i)
koperasi-koperasi yang bergabung pada koperasi gabungan itu;
(ii)
sesuatu koperasi berdaftar pada koperasi koperasi baru yang diwujudkan menurut sesuatu pembahagian;
(iii)
sesuatu koperasi berdaftar pada suatu koperasi berdaftar lain menurut sesuatu pemindahan, pendaftaran koperasi gabungan, koperasi-koperasi baru dan pemindahan itu, dan pembatalan pendaftaran, dalam hal pergabungan, koperasi-koperasi yang bergabung, dalam hal pembahagian, koperasi yang sedia ada, dan dalam hal pemindahan, koperasi yang membuat pemindahan;
(h)
menetapkan maksud-maksud yang baginya wang dalam Akaun Rizab, selain daripada yang berbangkit daripada keuntungan modal, boleh digunakan;
(i)
menetapkan kadar maksimum dividen atas modal syer atau modal yuran yang boleh dibayar oleh koperasi-koperasi berdaftar;
(j)
menetapkan cara bagaimana Kumpulan Wang Pusat Koperasi dan Akaun Pelikuidasian Koperasi hendaklah dipegang, ditadbirkan dan digunakan;
(k)
tertakluk kepada perunlukan-peruntukan nyata dalam Akta ini, menentukan dalam kes-kes yang bagaimanakah rayuan boleh dibuat terhadap perintah Ketua Pendaftar dan menetapkan prosedur yang hendaklah diikuti dalam mengemukakan dan membereskan rayuan-rayuan sedemikian;
(1)
menetapkan kaedah melantik penimbang tara atau penimbang-penimbang tara dan prosedur yang hendaklah diikuti dalam prosiding di hadapan Ketua Pendaftar atau penimbang tara atau penimbang-penimbang tara sedemikian;
(m)
menetapkan prosedur yang hendaklah diikutioleh pelikuidasi yang dilantik di bawah seksyen 74 dan kes-kes yang mengenainya rayuan boleh dibuat terhadap perintah pelikuidasi sedemikian;
(n)
menetapkan borang-borang yang hendaklah digunakan, fee-fee yang hendaklah dibayar, prosedur yang hendaklah diikuti dan segala perkara lain yang berkaitan dengan atau bersampingan dengan pengemukaan, pendengaran dan pemberesan rayuan-rayuan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan;
(o)
membuat peruntukan bagi pemeriksaan dokumen-dokumen dan daftar-daftar di pejabat Ketua Pendaftar dan fee-fee yang hendaklah dibayar baginya dan bagi pengeluaran salinan dokumen-dokumen atau daftar-daftar sedemikian;
(p)
membuat peruntukan bagi penubuhan Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan ;
(9)
...
(3)
Tanpa menjejaskan peruntukan-peruntukan subseksyen (1) dan (2), Menteri, dengan persetujuan Menteri Kewangan, boleh membuat peraturan-peraturan yang perlu bagi maksud mengawal atau mengawalselia aktiviti-aktiviti, dan untuk mengadakan peruntukan bagi pentadbiran yang lebih baik, koperasi-koperasi berdaftar yang menjalankan perniagaan pembaiyaan atau perniagaan insurans.
86A-86B...