Malaysia legislation
Section 91
Seksyen 91
(a)
sesuatu koperasi berdaftar atau seseorang pegawai atau pekerja atau anggota koperasi itu abai atau enggan melakukan sesuatu perbuatan atau memberikan maklumat yang dikehendaki bagi maksud Akta ini oleh Menteri, Ketua Pendaftar atau seseorang yang diberikuasa dengan sewajarnya bagi maksud itu oleh Menteri atau Ketua Pendaftar, mengikut manamana yang berkenaan;
(b)
sesuatu koperasi berdaftar atau seseorang pegawai atau pekerja atau anggota koperasi itu membuat penyata palsu atau memberikan maklumat palsu;
(c)
seseorang, tanpa alasan yang munasabah mengingkari apa-apa saman atau rekuisisi atau apa-apa perintah bertulis yang sah yang dikeluarkan di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini atau tidak memberikan maklumat yang dikehendaki dengan sah daripadanya oleh seseorang yang diberikuasa untuk berbuat demikian di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini;
(d)
sesuatu koperasi berdaftar atau seseorang pegawai atau pekerja atau anggota koperasi itu melakukan apa-apa perbuatan, yang memerlukan persetujuan atau kelulusan Ketua Pendaftar atau mesyuarat agung, tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan atau kelulusan yang sedemikian;
(e)
sesuatu koperasi berdaftar atau seseorang pegawai atau anggota Jawatankuasa Audit Dalaman atau pekerja atau anggota koperasi itu abai atau enggan melakukan sesuatu perbuatan atau benda yang dikehendaki oleh atau di bawah Akta ini supaya dibuat;
(f)
seseorang anggota Jawatankuasa Audit Dalaman sesuatu koperasi berdaftar atau seseorang juruaudit membuat laporan palsu di bawah subseksyen 49(2) atau seksyen 63, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(g)
sesuatu koperasi berdaftar atau seseorang pegawai atau pekerja atau anggota koperasi itu melakukan atau menyebabkan dilakukan sesuatu perbuatan atau benda yang dilarang oleh atau di bawah Akta ini.
(2)
Tiap-tiap koperasi berdaftar atau pegawai, pekerja atau anggota sesuatu koperasi berdaftar, atau orang lain, yang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh didenda selanjutnya sebanyak satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.