Malaysia legislation

Section 95

of AKTA KOPERASI 1993

Seksyen 95

(a)

Akta Koperasi 1948;

(b)

Ordinan Koperasi 1958 (Sabah); dan

(c)

Ordinan Koperasi (Sarawak).

(2)

Pertubuhan perbadanan yang diwujudkan di bawah seksyen 3A Akta Koperasi 1948 dengan nama "Ketua Pendaftar Koperasi, Malaysia" hendaklah terus wujud sebagai pertubuhan perbadanan di bawah Akta ini dan hendaklah disifatkan sebagai pertubuhan perbadanan yang diwujudkan di bawah seksyen 3.

(3)

Tertakluk kepada subseksyen (4), mana-mana daftar yang disimpan atau disenggarakan atau manamana kumpulan wang yang dipegang dan ditadbirkan menurut undang-undang termansuh hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada daftar atau kumpulan wang yang bersamaan di bawah Akta ini.

(4)

Walau apa pun subseksyen (3)—

(a)

Kumpulan Wang Audit dan Penyeliaan yang ditubuhkan di bawah Kaedah-Kaedah Koperasi Sabah dan Kaedah-Kaedah Koperasi Sarawak hendaklah terus dipegang dan ditadbirkan oleh Pendaftar yang bertanggungjawab bagi koperasi-koperasi berdaftar di Negeri Sabah atau Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan hendaklah digunakan bagi maksud-maksud yang diperuntukkan di bawah Ordinan Koperasi 1958 (Sabah) atau Ordinan Koperasi (Sarawak) yang termansuh, mengikut mana-mana yang berkenaan, kecuali bahawa tiada sumbangan baru kepada Kumpulan Wang itu boleh dilevi; dan

(b)

wang yang didepositkan dengan sesuatu bank atau koperasi berdaftar oleh Pendaftar di bawah peruntukan-peruntukan subseksyen 46(3) Ordinan Koperasi 1958 (Sabah) atau Ordinan Koperasi (Sarawak) yang termansuh, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, dalam masa enam bulan dari tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini, dipindahkan kepada Akaun Pelikuidasian Koperasi yang dipegang oleh Ketua Pendaftar di bawah subseksyen 75(7).

(5)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi mengadakan peruntukan mengenai cara bagaimana Kumpulan Wang yang tersebut dalam perenggan (4)(a) akan dipegang dan ditadbirkan dan, apabila Kumpulan Wang itu menjadi terhaus, bagi pembubarannya dan bagi perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.