Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
(2)
Bayaran-bayaran yang berlainan boleh ditetapkan mengikut mana-mana satu atau lebih daripada faktor-faktor yang berikut:
Kualiti Alam Sekeliling 31
(a)
kelas premis;
(b)
tempat letaknya premis itu;
(c)
kuantiti buangan-buangan yang dilepaskan;
(d)
pencemar atau kelas pencemar-pencemar yang dilepaskan;
(e)
aras yang sedia ada bagi pencemaran.
(3)
Jika atas sesuatu pemeriksaan adalah dipastikan bahawa pencemar-pencemar atau kelas pencemar-pencemar yang dilepas, dikeluar atau diletakkan adalah berlainan daripada yang dinyatakan oleh penduduk dalam permohonannya untuk lesen atau pembaharuan lesen atau kuantiti buangan-buangan yang dilepas, dikeluar atau diletakkan adalah lebih besar daripada yang dinyatakan oleh penduduk dalam permohonannya untuk lesen atau pembaharuan lesen, Ketua
Pengarah boleh menuntut apa-apa bayaran yang mungkin telah kena dibayar berkenaan dengan pencemar atau kelas pencemar atau kuantiti lepasan, keluaran atau letakan yang berlebihan itu.
(4)
Pada mengira bayaran yang kena dibayar di bawah subseksyen (3), penduduk itu hendaklah disifatkan sebagai telah melepas, mengeluar atau meletakkan pencemar atau kelas pencemar atau kuantiti buangan itu selama tempoh enam bulan sebelum pemeriksaan itu atau, jika permohonan untuk lesen atau pembaharuan lesen telah dibuat kurang daripada enam bulan sebelum pemeriksaan itu, selama tempoh yang bermula daripada permohonan hingga ke pemeriksaan itu.
(5)
Tiada apa-apa bayaran tambahan kena dibayar di bawah subseksyen (3) dan (4) jika jumlah wang tambahan yang kena dibayar itu adalah kurang daripada sepuluh peratus daripada bayaran yang dibayar oleh penduduk dalam tempoh yang bersamaan.
32
Undang-Undang Malaysia