Malaysia legislation

Section 20

of *AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974

Seksyen 20

(a)

pelan-pelan dan penentuan-penentuan bagi kerja, bangunan, binaan atau perubahan yang dicadangkan itu bersama dengan butir-butir mengenai kelengkapan kawalan, jika ada, yang hendak dipasang;

(b)

suatu pelan susun atur menunjukkan tapak bina bagi kerja, bangunan, binaan atau perubahan yang dicadangkan itu yang akan dilaksanakan berhubungan dengan kawasan-kawasan di sekelilingnya;

(c)

butir-butir mengenai tred, perindustrian atau proses yang dicadang hendak dijalankan dalam premis itu;

(d)

perihal juzuk-juzuk dan ciri-ciri buangan; dan

(e)

apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh

Ketua Pengarah, dan pemohon hendaklah membayar bayaran yang ditetapkan.

(2)

Ketua Pengarah boleh meluluskan permohonan itu sama ada tertakluk pada syarat-syarat atau dengan tidak bersyarat dan boleh

Kualiti Alam Sekeliling 35

menghendaki pemegang lesen itu mengadakan dan menanggung kos bagi kelengkapan kawalan dan kos bagi sesuatu program pengawasan yang memuaskan:

Dengan syarat bahawa tiada sesuatu permohonan boleh diluluskan melainkan jika pemohon telah mendapat kelulusan rancangan daripada pihak berkuasa perancang yang layak.

Kuasa untuk menentukan syarat-syarat pengeluaran, pelepasan, dsb.

Section 20 — AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 | mylaw.my