Malaysia legislation

Section 22

of *AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974

Seksyen 22

Sekatan mengenai pencemaran udara

(2)

Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), seseorang hendaklah disifatkan sebagai mengeluar atau melepaskan buangan-buangan ke dalam udara jika—

(a)

dia meletakkan apa-apa benda di suatu tempat di mana benda itu boleh dilepaskan ke dalam udara;

(b)

dia menyebab atau membenar dilepaskan bau-bau yang, oleh sebab keadaan, kepekatan, isi padu atau takatnya, adalah mencela atau mengganggu;

36

Undang-Undang Malaysia

(c)

dia membakar apa-apa buangan tred, proses atau perindustrian; atau

(d)

dia menggunakan apa-apa kelengkapan membakar bahan api yang tidak dilengkapi dengan sesuatu alat atau kelengkapan kawalan yang dikehendaki dipasang pada kelengkapan itu.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh juga dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas disampaikan kepadanya suatu notis oleh Ketua

Pengarah menghendakinya menghentikan perbuatan yang dinyatakan dalamnya itu.

Sekatan mengenai pencemaran bunyi bising

Section 22 — AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 | mylaw.my