Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
(2)
Walau apa pun keluasan subseksyen (1), seseorang hendaklah disifatkan sebagai mencemarkan sesuatu tanah-tanih atau permukaan sesuatu tanah jika—
(a)
dia meletakkan apa-apa benda sama ada cecair, pepejal atau gas di dalam atau di atas mana-mana tanah-tanih atau di sesuatu tempat di mana benda itu boleh masuk ke dalam mana-mana tanah-tanih; atau
(b)
dia mengadakan di atas mana-mana tanah suatu tempat melonggok sampah-sarap, tempat membuang kotoran, tempat membuang tanah-tanih dan batu-batan, tempat meletakkan enap cemar, lobang pancitan buangan atau dengan cara lain menggunakan tanah untuk tempat melupuskan atau tempat melonggok buangan pepejal atau cecair sehingga mencela atau mengganggu manusia atau mengganggu air di bawah tanah atau menjadi mudarat kepada apa-apa kegunaan berfaedah akan tanah-tanih atau permukaan tanah itu.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan boleh juga dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas disampaikan kepadanya suatu notis oleh Ketua
Pengarah menghendakinya menghentikan perbuatan yang dinyatakan dalamnya itu.
38
Undang-Undang Malaysia
Sekatan mengenai pencemaran perairan daratan